Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi S.A.W sabdanya:
" Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah "

Thursday, December 22, 2016

Kenali tanda-tanda serangan strok atau angin ahmar


Serangan strok atau angin ahmar merupakan pembunuh senyap yang ketiga teringgi di Malaysia selepas diabetes dan serangan jantung. Ditambah dengan gaya hidup masyarakat kini yang lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah berbanding melakukan aktiviti luar, dianggarkan kira-kira 50,000 orang menderita akibat serangan strok setiap tahun disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat.

Bagaimana serangan strok berlaku?
Serangan strok berlaku apabila terdapat gumpalan darah (trombus) pada otak. Gumpalan darah tersebut akan menyumbat salah satu arteri otak sehingga memutuskan bekalan oksigen dan makanan ke otak. Apabila sel-sel otak telah mati atau rosak, otak tidak dapat mengawal anggota badan yang berada di bawah pengaruh untuk melakukan fungsinya lalu menyebabkan lumpuh atau kematian.

Gumpalan darah (trombus) pada otak
Sumber: http://www.strokecenter.org/

Apa yang menyebabkan gumpalan darah (trombus) pada otak?
Gumpalan darah (trombus) pada otak boleh terjadi apabila dinding pembuluh darah telah rosak dan menjadi tidak sekata. Makanan serta zat-zat larut yang dibawa oleh darah seperti kolestrol, kalsium dan sebagainya akan mendap pada dinding pembuluh darah ini dan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan bekalan darah ke otak berkurangan dan seterusnya terhenti mengakibatkan berlakunya strok.

Faktor umum berlakunya pembuluh darah rosak dan tidak sekata adalah kerana proses penuaan yang menyebabkan pembuluh darah menjadi mengeras dan menyempit (arteriosclerosis) pada golongan tua. Namun, laporan terkini menunjukkan bahawa serangan strok turut berlaku pada golongan remaja serta dewasa (15-40 tahun) disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, tekanan hidup yang berpanjangan, penyalahgunaan dadah serta alkohol, dan juga faktor keturunan. Contoh gaya hidup yang tidak sihat adalah amalan pemakanan yang tinggi dengan kadar kolestrol jahat (Low Density Lipoprotein). kolestrol jahat ini terdapat dengan jumlah yang banyak pada makanan ringan, terutamanya makanan segera. Selain dari itu, kebanyakan makanan ringan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi dan sekiranya dimakan secara berterusan boleh menyebabkan obesiti dan penyakit kencing manis, seterusnya menjadi punca kepada berlakunya serangan strok.

Selain amalan pemakanan, kebiasaan malas bersenam dan bergerak juga antara contoh gaya hidup yang tidak sihat. Anggota tubuh badan yang kurang bergerak akan membantut kelancaran peredaran darah, dan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan pembuluh darah menjadi tersumbat.

Jenis-jenis strok
Sumber: http://www.heartfoundation.co.za/
Jenis-jenis serangan strok
Terdapat dua jenis strok yang utama iaitu:
1. Strok Iskemik (Ischaemic Stroke) - Berlaku disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke otak kerana saluran darah tersumbat.
2. Strok Berdarah (Haemorrhagic Stroke) - Berlaku disebabkan oleh pendarahan di dalam otak kerana saluran darah telah pecah.

Selain itu, terdapat juga serangan strok kecil yang dipanggil sebagai Serangan Iskemia Sementara (Transient Ischaemic Attack) juga dikenali sebagai TIA. Serangan strok kecil ini berlaku disebabkan oleh gangguan sementara bekalan darah ke otak. Menurut laporan, kira-kira satu pertiga daripada kes serangan strok diduhului oleh TIA. Serangan sementara ini merupakan tanda-tanda awal serangan strok tetapi malangnya dalam kebanyakan kes ianya seringkali diabaikan.

Tanda-tanda strok kecil pada lelaki dan wanita
Terdapat beberapa tanda yang boleh dikesan pada golongan lelaki dan wanita yang dipercayai mempunyai risiko terkena serangan strok. Tanda-tanda ini akan kerap muncul sebelum berlakunya serangan strok, oleh itu tindakan atau pengendalian yang tepat haruslah diambil segera bagi mengelakkan pesakit daripada mengalami lumpuh kekal atau kematian.

Lelaki
Wanita
1. Hilang kesedaran atau koma
1. Hilang kesedaran atau koma
2. Lumpuh pada tangan dan kaki
2. Lumpuh pada tangan dan kaki
3. Sakit kepala yang mendadak
3. Sakit kepala yang mendadak
4. Sukar untuk bercakap
4. Kecacatan (senget) pada wajah
5. Kebas (kesemutan) pada anggota badan
5. Kecacatan (senget) pada mulut
6. Sukar menelan makanan
6. Hilang keseimbangan badan

7. Kabur atau hilang penglihatan

Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda atau ahli keluarga dan kenalan anda ada mengalami tanda-tanda serangan strok seperti yang di atas, bertindak segera dengan mengunjungi pusat rawatan kecemasan. Rawatan yang akan diberikan adalah bergantung kepada tahap serangan yang dialami oleh pesakit. Secara umumnya, pesakit strok perlu mengawal tekanan darah, paras gula dan kolestrol dalam darah, dan kepekatan darah. Pengambilan makanan tambahan seperti Gamat Asli akan membantu dalam proses penyembuhan kerana kandungannya yang kaya dengan Mukopolisakarida dapat membantu untuk membaikpulih saluran darah yang tersumbat. Kandungannya yang asli tanpa gula juga membuatkannya sesuai untuk diambil oleh pesakit kencing manis atau diabetes bagi mengawal paras gula dan kolestrol dalam darah.
8% Mukopolisakarida
 Membaikpulih saluran darah tersumbat (baik untuk pesakit tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung, lelah, dll.)

Share This Link on Facebook!


No comments:

Post a Comment

Testimoni pengguna

Strok, kencing manis, tekanan darah tinggi
- En. Jamaluddin, 53 tahun

“Saya mengidap penyakit kencing manis sejak 1996 tapi hanya sekali-sekala makan ubat. Pada 21/11/2012 saya terkena strok dan tinggal di Hospital Kuala Kangsar. Setelah beberapa hari saya balik ke rumah, namun kaki dan tangan saya masih tidak dapat diangkat dan perlu duduk di kerusi roda. kemudian saya diperkenalkan dengan Gamat Asli dan mengambil sebanyak 2 sudu besar 3 kali sehari. Selepas botol ke-4, keadaan saya bertambah baik malah kaki dan tangan saya sudah boleh bergerak dan tidak perlu duduk kerusi beroda. Selain itu, tekanan darah dan gula darah juga telah kembali seimbang.”
Lihat video testimoni!

Masalah diabetes, kebas, kesukaran berjalan
- Pn. Liong Tai, 80 tahun

“Paras gula darah saya menurun daripada 14mmol/L ke 7mmol/L selepas saya mengambil Gamat Asli pada bulan pertama dan seterusnya menjadi 6mmol/L pada bulan berikutnya. Dulu, kaki saya tidak bertenaga sehingga saya tidak mampu berjalan dengan baik, lengan saya juga selalu sakit dan rasa kebas. Selepas mengambil Gamat Asli, kaki saya menjadi semakin kuat dan saya boleh berjalan dengan lancar. Selain itu,lengan juga tidak sakit lagi dan rasa kebas hilang!” Lihat video testimoni!

Masalah tekanan darah tinggi, kebas, sendi kaki berbunyi
- En. Lee Si Bin, 55 tahun

"Saya menderita masalah tekanan darah tinggi dengan bacaan systolic hingga 200mmHg. Saya telah cuba mengambil makanan tambahan yang lain tetapi tidak berkesan oleh itu saya terpaksa bergantung kepada ubatan untuk mengawal tekanan darah. Kesan sampingan dari pengambilan ubatan tersebut menjadikan badan saya mudah merasa letih. Setelah mengambil Gamat Asli, tekanan darah saya telah menurun kepada 160mmHg/85-90mmHg. Selain itu, bacaan kolestrol saya juga telah menurun daripada 11-12mmol/L kepada 5.2mmol/L. Masalah sendi kaki berbunyi juga telah hilang dan kini badan saya berasa lebih bertenaga!" Lihat video testimoni!

Lagi video testimoni

Setiap 1ml Gamat Asli Insaan mengandungi 220mg Stichopus Variegatus (spesies Gamat Emas) yang 200% lebih pekat dan berkesan berbanding dengan Gamat jenama biasa yang terdapat di pasaran. Tidak seperti sesetengah produk gamat jenama lain yang mengandungi gula, Gamat Asli Insaan bukan sahaja boleh diminum malah sesuai untuk disapu pada Luka kerana kandungannya yang asli dan tidak mengandungi sebarang gula.

Setiap 1ml Insaan Gamat Asli mengandungi:

86.8% Protein (80% Kolagen)
Awet muda dan mempercepatkan proses pemulihan kulit yang luka.

8% Mukopolisakarida
Membaikpulih saluran darah tersumbat (baik untuk pesakit tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung, lelah, dll.)

Kromium
Menambah bilangan reseptor insulin dan merendahkan paras gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis).

Kondroitin Sulfat & Glucosamina
Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan.